JellyPages.com

Khamis, 4 April 2013

Lukisan Minda....Anak Tupai

Assalamualaikum...

Pernah dengar lagu "Anak Tupai" nyanyian Halim Yazid??? Cuba dengar :




Lagu ini kali pertama saya dengar secara penuh dan memahami makna sebenarnya hari ini dalam kelas Sosiolinguistik. Rupa-rupanya lagu ini mempunyai maksud yang tersirat yang tidak pernah terlintas difikiran saya. Mungkin lagu ini menggunakan dialek negeri Kelantan membuatkan saya tidak begitu memahami beberapa perkataan di dalam lagu tersebut.

Dialek juga mempengaruhi kita dalam berkomunikasi. Dialek hanya akan difahami oleh penutur dialek terbabit sahaja. Contohnya, lagu Anak Tupai yang dinyanyikan menggunakan dialek Kelantan. Masyarakat Kelantan yang lebih memahami lagu itu berbanding masyarakat lain. Malaysia mempunyai pelbagai dialek seperti dialek utara, dialek Kelantan dan sebagainya bagi Kaum Melayu. Kaum cina juga mempunyai dialeknya seperti dialek Kantonis, Hokkien, Hakka, Teochew dan Foochow manakala Kaum India menggunakan bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu.

Hali inilah yang menjadikan negara kita begitu istimewa sekali. Walaupun berbeza namun kita masih dapat berinteraksi antara satu sama lain menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Cuba lihat jadual di bawah :


DIALEK MASYARAKAT INDIA

Bahasa Melayu Baku
Apa khabar?
Terima kasih
Tamil
Nalamaga irukkinrirkala?
Nandri
Malayalam
Sugamthanne?
Valare upagaram
Telegu
Kshemama
Dhanya vadhalu



 DIALEK MASYARAKAT CINA

Bahasa Baku
Apa khabar?
Terima kasih
Kantonis
Lei hou ma?
To che
Hokkien
Lu ho bo?
Kam sia
Hakka
Ni hao mao?
Mn koi








DIALEK MASYARAKAT MELAYU 

Bahasa Melayu Baku
Apa khabar?
Terima kasih
Kelantan
Apo kaba?
Trimo kaseh
Melaka
Apa kabau?
Terima kasih
Negeri Sembilan
Apo koba?
Terima kasih
Sarawak
Apa khaba?
Trimak kaseh
Sabah
Apa kabar?
Tarima kasih


Boleh lihat perbezaan dialek dalam ketiga-tiga kaum terbesar di negara kita. Bukankah menarik sekali bahasa yang kita ada. Namun jangan dilupa bahasa Melayu kita sebagai bahasa Rasmi negara dan wajar semua rakyat mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan