JellyPages.com

Rabu, 3 April 2013

Lukisan Minda...Novel

Assalamualaikum....

Walaupun telah beberapa kali saya dan Raziman menukar tajuk tugasan kami namun amat bermakna bagi saya. Mula-mula kami telah menunjukkan rangka tugasan pertama kami kepada Dr. Siti Saniah. Tajuk yang kami pilih adalah "Perbandingan Penggunaan Kata Sapaan Dalam Majlis Perkahwinan Antara Masyarakat Kedah Dengan Johor. Disebabkan metodologi kajian yang memerlukan kami ke lapangan dan tiada majlis perkahwinan yang dapat kami hadiri, kami terpaksa menukar tajuk lain. Minggu seterusnya kami telah membuat tajuk yang baru atas cadangan Dr. Siti, iaitu kajian unsur eufemisme dalam novel. Kami telah memilih novel Lepaskan Kembali Aku Ke Laut Jilid I dan II sahaja, disebabkan tiada alasan kukuh tentang sebab kami memilih novel berkenaan akhirnya kami mengubah novel yang dikaji, iaitu perbandingan karya novel sastera tinggi dengan karya popular. Novel yang dipilih ialah novel Interlok karya Abdullah Hussain dan karya Fauziah Shaari, Ombak Rindu. 

Walaupun kami banyak mengubah tajuk-tajuk tugasan kami namun secara tidak langsung memberi kesan positif kepada diri saya. Saya telah banyak membaca novel-novel karya sasterawan negara yang dikatakan bosan dan menjurus kepada sejarah. Pembacaan saya terhadap novel ini memberi saya ilmu tentang sejarah dan sebagainya. Pengetahuan baru dapat diperolehi melalui bacaan novel sahaja. Penulis menyampaikan ilmu, amanat, nasihat dan sebagainya menerusi karya-karya mereka.

Penggunaan bahasa juga saya dapat kesan melalui karya-karya ini. Penulis novel secara tidak langsung akan menulis dialog dalam karya mereka. Contohnya, novel Interlok, penulis banyak menggunakan pelbagai bahasa dan pencampuran kod. Contohnya, ayoyo..gua...dan sebagainya kerana novel ini mengetengahkan tiga kaum yang terbesar di negara kita.


Pada pandangan saya, penulisan novel mampu menjadi medium untuk kita mempelajari tentang pelbagai bidang. Namun penulis harus menjaga penggunaan bahasa terutama bahasa Melayu. Pencampuran bahasa bagi saya perlu dielakkan supaya generasi akan datang tidak terpengaruh dan dijadikan amalan. KITA PERLU BIJAK MEMILIH BAHAN BACAAN....

RANGKA TUGASAN PERTAMA







1 ulasan:

  1. assalamulaikum ...bolehlah saya melihat kajian saudari mengenai kajian eufemisme? kerana saya juga mengkaji eufemisme dalam novel komsas, namun saya melihat dari sudut pragmatik yang menggunakan teori kesantunan leech..mohan perkongsian saudari

    BalasPadam