Sekadar berkongsi rasa hati...terkilan rasanya...
Sedang sibuk berbicang tentang Projek Tahun Akhir bersama Fauzi dan Amarah, tiba-tiba kami ditegur oleh dua orang rakan kami yang baru sahaja keluar dari perpustakaan. Kami berbincang di hadapan koperasi perpustakaan, warga UPSI mesti tahu tempat makan di perpustakaan. Rakan saya memaklumkan perkara yang berlaku di perpustakaan lebih kurang seperti berikut :
Liza : Poji-poji...cuba masuk perpustakaan..
Fauzi : Kenapa?
Liza : Mereka bagi borang soal selidik tentang perpustakaan. Tetapi semua dalam bahasa Inggeris. Ada yang tak faham..Tanya la pertugas di situ, kenapa tiada terjemahan atau dwi-bahasa...Dia jawab kata, semua pelajar UPSI pandai bahasa Inggeris. Aku bagi tahu la, memang bahasa Inggeris perlu pelajar kuasai tetapi terdapat juga istilah bahasa Inggeris yang pelajar kurang faham, lagi pun bahasa Melayu kan bahasa yang perantara kat sini. Terutama kita nie pelajar bahasa Melayu. Terkilan la..Aku jawab ja la..Padahal tak faham sangat apa sebenarnya yang ditanya..buh ja 3 4 3 4 ja...kira dapatan dia dapat nanti tak betul la..pelajar isi ja..tak faham sangat..
Saya : Kenapa jadi macam tu...Buat la dwi-bahasa.
Liza : tak tahu la...pernah isi dulu soal selidik pelajar luar negara, mereka guna bahasa Melayu...tapi kita sendiri guna bahasa Inggeris.
Eddie : Aku tak isi pun..nak bawa balik tangkap gambar...
Fauzi : Nak tengok...
Liza : tengok poji pun tak faham..hehehe
Apa perasaan dan pendapat anda? Saya amat terkilan. Bahasa Melayu harus kita pertahankan. Bukankah memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Gunakanlah terjemahan dalam bahasa Melayu sekiranya menggunakan soal selidik dalam bahasa Inggeris. Fikir-fikirkanlah dimana peranan kita dalam memperkukuhkan bahasa Melayu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan