Eufemisme...
Pernah dengar atau baca tak???Tahu atau tidak apa itu eufemisme???
Inilah tajuk kajian saya dan pasangan saya, Raziman. Minggu ini saya sibuk mengkaji novel Interlok dari segi eufemisme yang terdapat dalam novel tersebut. Sebenarnya, eufemisme itu kesopanan dalam bahasa. Melalui Jurnal Bahasa Unsur Eufemisme dalam Novel Papa dan Novel Azfa Hanani oleh Dr. Sini Saniah dan Noor Hatini, saya memahami bahawa eufemisme merupakan kata-kata tertentu yang digunakan untuk menggantikan kata-kata yang kasar.
Kajian saya dalam novel Interlok tentang unsur eufemisme ini banyak digunakan penulis untuk menerangkan sesuatu yang tidak baik atau kasar. Antaranya miskin dengan gigi, tidak kaya, meninggal dunia, berbadan dua dan sebagainya. Penggunaan unsur eufemisme dapat menjadikan sesuatu kata yang kurang enak didengar atau dibaca kepada bahasa yang lebih sopan dan lembut. Selain itu, penggunaan eufemisme juga kita gunakan dalam perbualan untuk menjaga hati seseorang begitu juga di dalam novel atau penulisan.
Pada pendapat saya, penggunaan unsur eufemisme wajar digunakan bagi mengantikan kata-kata yang kurang elok kepada sesuatu yang lebih sopan dan sedap didengar. Tidak salah kita menggunakan kata-kata yang kasar namun tidak begitu baik dalam kita cuba mewujudkan suasana yang mesra dan mudah diterima oarng lain sama ada melalui tulisan mahupun lisan. Sebelum kita berkata-kata, sewajarnya kita fikirkan dahulu supaya tidak berlaku salah faham atau mengguriskan perasaan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan