JellyPages.com

Khamis, 4 April 2013

Lukisan Minda...Bahasa Arkaik

Assalamualaikum...

Penah dengar tentang bahasa Arkaik??

Mudahnya, bahasa arkaik ini merupakan bahasa kuno yang telah mati atau sudah tidak berkembang lagi. Contohnya, bahasa Sanskrik, bahasa Latin dan bahasa Kawi. Bahasa ini pupus dan tidak lagi digunakan kerana hanya digunakan dan diajar untuk golongan tertentu sahaja.

Cuba kita bayangkan kalau bahasa Melayu hanya diajar dan digunakan oleh golongan tertentu sahaja. Mungkin bahasa Melayu juga akan menjadi bahasa Arkaik pada masa hadapan. Oleh demikian, bahasa Melayu hendaklah sering diperkembangkan dan disesuaikan mengikut peredaran zaman malah boleh digunakan dan dipelajari oleh semua orang tanpa mengira bangsa, pangkat, agama dan sebagainya.

Perkembangan bahasa Melayu juga harus dipantau supaya tidak lari daripada bahasa Melayu yang standard atau baku terutama dalam situasi formal. Kita seharusnya memelihara kedaulatan bahasa dan bangga menggunakannya supaya tidak pupus dan dilupakan. Bahasa Melayu juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan boleh diperkembangkan. Jangan kita mengagungkan bahasa lain dan mengabaikan bahasa Melayu. Tidak salah kita mempelajari dan menguasai bahasa lain namun jangan sesekali melupakan bahasa Melayu. Kita juga harus meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang betul. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan