Hari ini saya terbaca wacana tentang bahasa SMS yang dikatakan merosakan bahasa. Apa pendapat semua???
Saya rasa penggunaan bahasa SMS semakin hari semakin mempengaruhi cara seseorang itu menulis secara formal. Sekiranya penggunaan bahasa singkatan ini hanya digunakan dalam SMS tidak mengapa bagi saya namun kini telah mula mempengaruhi penulisan kita dalam seharian khususnya pelajar. Pelajar zaman IT kini lebih cenderung untuk menulis seperti dalam SMS apabila membuat karangan khususnya. Mereka seakan-akan tidak sedar menulis perkataan secara pendek kerana terbiasa dengan SMS. Malah, terdapat perkataaan yang dieja mengikut SMS. Contohnya ; bila-bile, kamu-ko, siapa-saper, pergi-gi dan sebagainya. Kebiasaan ini menyebabkan pelajar akan menulis bahasa SMS dalam subjek Bahasa Melayu khususnya.
Sebagai bakal guru, kita hendaklah bersedia dengan keadaan semasa. Sebelum kita mendidik pelajar tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul kita seharusnya mendidik diri kita dahulu. Sebagai Guru Bahasa Melayu kita hendaklah melatih diri kita agar kurang menggunakan bahasa SMS dalam komunikasi lisan dan tulisan. Secara tidak langsung, pelajar akan terpengaruh dengan gaya penulisan kita nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan