Assalamualaikum...
Saya suka melihat keluarga yang masih menggunakan gelaran mengikut kedudukan dalm keluarga. Penggunaan gelaran atau pangkat dalam keluarga kian dipinggirkan. Warisan ini seakan-akan luput ditelan zaman. Contoh masyarakat Kedah yang mempunyai gelaran dan pangkat tersendiri dalam keluarga seperti berikut :
Nyang + Tok Nek
Tok Wan + Tok
Pak Long + Mak Long
Pak Ngah + Mak Ngah
Pak Lang + Mak Lang
Pak Jang + Mak Jang
Pak Ndak + Mak Ndak
Pak Tam + Mak Tam
Pak Teh + Mak Teh
Pak Cik + Mak Cik
Pak Su + Mak Su
Along,Angah,Alang,Anjang, Andak, Atam, Ateh, Achik, Acu
Penggunaan kata sapaan seperti di atas sudah jarang diamalkan. Sebenarnya, sapaan seperti ini mewujudkan kesopanan dalam berkomunikasi. Selain itu, kata sapaan ini juga menyebabkan lahirnya perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga dapat dilihat menjadi mudah mesra dan memudahkan komunikasi. Kita seharusnya mengekalkan warisan ini kerana mendidik kita untuk menghormai orang yang lebih tua dalam kita berbahasa. Penggunaan kata sapaan keluarga ini juga mengeratkan silaturahim dan saling bertolak ansur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan