Kuliah saya hari ini hanya dua jam sahaja. Kelas Sosiolinguistik Melayu yang terpaksa dijalankan di Dewan Kuliah C. DKC cukup besar bagi pelajar yang hanya 14 orang sahaja dan amat sejuk. Kuliah hari ini banyak mendedahkan tentang bahasa tubuh yang mempengaruhi persepsi orang lain terhadap kita tanpa kita sedari.
Dr. Siti Saniah telah memberi kami peluang menonton video tentang tips-tips untuk menghadiri temuduga kerja yang menunjukkan penggunaan bahasa tubuh. Tips-tips tersebut juga boleh digunakan untuk perkara lain terutama dalam berinterasi dengan seseorang yang baru kita hendak kenali.
Bagi saya, penggunaan bahasa tubuh penting bagi menjelaskan lagi penerangan yang kita lakukan. Namun, bahasa tubuh dan bahasa yang kita gunakan haruslah seiringan dan tidak dibuat-buat. Selain itu, bahasa tubuh juga dapat menunjukkan kepada seseorang sama ada kita memberi perhatian atau tidak berminat dengan apa yang sedang diperkatakan. Kita hendaklah bijak mempamerkan bahasa tubuh supaya tidak menyinggung perasaan orang yang berinteraksi dengan kita. Walaupun tidak mengeluarkan suara atau berbahasa, gerak tubuh kita dapat memainkan peranan sebagai alat komunikasi. Kita tidak perlu menyatakan 'YA' sahaja tetapi anggukkan kepala kita juga boleh mencerminkan bahawa kita bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
Bahasa yang kita ungkapkan tidak akan sempurna tanpa menggunakan bahasa tubuh untuk menyokong penjelasan kita. Sebagai bakal guru, kita seharusnya bijak menggunakan bahasa dan pergerakan tubuh yang seiring dalam penyampaian ilmu kepada anak murid kita. Bahasa tubuh juga penting selain kita berkata-kata sahaja. Oleh itu, terpulang pada kita untuk menggunakan bahasa dan gerak tubuh kita yang betul dan seiring dengan apa yang diperkatakan.
"Tidak ada mausia yang boleh menyimpan rahsia apabila bibirnya diam.
Ia akan berceloteh dengan hujung jarinya.
Rahsia tersemat dari seluruh liang-liang kulitnya."
Sigmund Freud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan